Tuesday 2 April 2013

KENALI ULAMA TUAN GURU DATO' HARON BIN DIN AL HAFIZ

Haron Din
Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din


Timbalan Mursyidul AM PAS

Tarikh lahir18 Ogos 1940
Tempat lahirKangarPerlis
Parti politikPAS logo.svg PAS
PekerjaanTimbalan Mursyidul Am PAS
AgamaIslam
' Dr. Haron bin Din (Jawi: هراون بن دين) dilahirkan pada 18 Ogos 1940 di Bohor Mali, KangarPerlis .

Pendidikan

  • Kolej Islam Klang (1962-1965) - Sijil Tertinggi Kolej
  • Diploma Pendidikan Al-Azhar, Kaherah (1966-1968)
  • M.A. Syariah dari Ain-Shams, Universiti Kaherah (1972-1974) - Ph.D Syariah
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganugerahkan beliau Profesor pada tahun 1986.
  • Beliau telah menulis banyak buku antaranya ialah, manusia dan Islam, Falsafah Pendidikan Islam, Obor Islam, Tasawur Islam, Hudud dalam Perundangan Islam dan banyak lagi.
    • Pensyarah
    • Profesor
    • Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
    • Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
    • Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
    • Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
    • Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
    • Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
    • Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
    • Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
    • Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
    • Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting

    [sunting]

    Pilihan raya

    Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 , Datuk Haron Din yang mewakili Parti Islam SeMalaysia mendapat undi 14,124 di kawasanParlimen Arau. Beliau tewas kepada pencabarnya , Datuk Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail yang mewakili Barisan Nasional ) mendapat undi: 17,367 . Syed Razlan telah diisytiharkan menang pilihan raya tahun 2004 . Majoriti-diperolehi : 3,243 ,Jumlah Undi : 32,024, Undi Rosak : 533 , % Mengundi : 84.23%
    Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Dr Haron Din sekali lagi tewas kepada calon Barisan Nasional/ UMNO. Ismail Bin Kasim telah menang dengan mendapat undi sebanyak 16451. Dr Haron Bin Din mendapat 16,151 undi sahaja. Peratus pengundi yang keluar ialah 83.4 %. Undi rosak sebanyak 586.

    [sunting]

    Pautan luar

[sunting]

Monday 1 April 2013

KENALI PAK ABU AKA ABANG AB

Zami Ismail (1944- 19 Jun 2011) ialah seorang pelawak dan pelakon Malaysia yang terkenal. Paling diingati ialah peranan beliau dalam siri sitcom televisyen `Pi Mai Pi Mai Tang Tu' (1990-an) sebagai Pak Uda serta siri `Salam Pantai Timur'. Beliau berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan lagi iaitu “Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit” (arahan Mamat Khalid) dan “Shh...Dia Datang” (Saiful Apek). Allahyarham juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem Mak Beliau berkahwin dengan Hanizan Ibrahim dan dikurniakan sembilan orang anak termasuk Mohd Hitler, 39, Ahmad Yamashita, 38, Mohd Saufi Zami, 37, Ismail Fahmi, 36, Khairul Affendi, 30, Aida Nurul Asyikin, 29, Aida Nurul Wahyu, 27, Mohd Firdaus, 24 dan Zahid Albukhman, 21.

[sunting]Filmografi

[sunting]Filem

Menjayakan salah satu watak dalam filem Shh... Dia Datang
TahunJudulPeranan
1985Roda-roda (filem)(Pelakon Utama)
1990Mat Som (filem)(Pelakon Pembantu)
1990Tuah(Pelakon Pembantu)
1992Wanita Bertudung Hitam(Pelakon Pembantu)
1995Cinta Rosevilla(Pelakon Utama)
1997Gemerlapan(Pelakon Pembantu)
2001SaraPak Mat (Pelakon Pembantu)
2001No ProblemPak Kidam (Pelakon Pembantu)
2003Diari RomeoBapa Maya zaman 70'an(Pelakon Pembantu)
2006Man LaksaTok Ketua (Pelakon Pembantu)
2007Zombie Kampung PisangPak Abu (Pelakon Pembantu)
20079 SeptemberDato' (Pelakon Pembantu)
2008Dunia Baru The MoviePengantin Lelaki (Pelakon Pembantu)
2009Jin HutanBomoh Pak Su (Pelakon Utama)
2010Hantu Kak Limah Balik RumahPak Abu (Pelakon Utama)
2010JaninPak Wan Atan (Pelakon Utama)
2011Shh... Dia DatangPak Da (Pelakon Pembantu)

[sunting]Pencapaian

  • Pelakon Komedi Terbaik FFM 9-Mat Som
  • Pencalonan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM 11-Wanita Bertudung Hitam

[sunting]Meninggal dunia

Pak Uda meninggal dunia pada hari Ahad, 19 Jun 2011 di Institut Jantung Negara kerana komplikasi jantung pada umur 67 tahun. Jenazah Allahyarham dikebumikan di kampung halamannya di TapahPerak. Pada 2008, beliau pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Selayang selepas tidak sedar kerana sesak nafas.
Beliau meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim (58) dan sembilan orang anak.[1]

[sunting]Rujukan



BERSEDIAKAH KITA..DAH GANTI LOM?


Pengertian puasa

Takrif puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.

Dalil Wajib puasa

Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut:

Al-Quran:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.

Hadis:

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allahh, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sehubungan dengan adanya dalil daripada Al-Quran dan hadis yang jelas tentang wajibnya puasa, maka orang yang mengingkari kewajipan berpusa adalah dihukum sebagai murtad(keluar daripada Islam)

Lafaz Niat

Lafaz niat puasa bulan Ramadhan:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Doa buka puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت

Maksudnya: Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

Syarat wajib puasa

Syarat –syarat wajib berpuasa empat perkara iaitu:

1. Islam :
Tidak diwajibkan kepada orang kafir.

2. Baligh:
Tidak diwajibkan berpuasa ke atas kanak-kanak yang belum sampai umur baligh. Walau bagaimanapun kanak-kanak digalakkan berpuasa

3. Berakal : Tidak diwajibkan puasa bagi orang gila.

4. Berkemampuan: 
Tidak wajib berpuasa ke atas orang yang tidak berdaya berpuasa seperti orang sakit, musafir, orang tua dan sebagainya.

Syarat-syarat sah puasa

Syarat-syarat sah puasa itu enam perkara:

1. Islam:
Orang Islam yang sedang berpuasa kemudian ia murtad walaupun sekejap, maka puasanya batal
2. Berakal: Orang Gila tidak sah puasanya
3. Suci daripada nifas dan haid
4. Masuk waktu puasa
5. Berniat pada setiap malam: 
Menurut mazhab Imam Malik-memadai dengan sekali niat sahaja iaitu pada malam pertama bulan Ramadhan.
6. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.

Rukun Puasa
1. Orang yang berpuasa
2. Niat
3. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.

Perkara yang membatalkan puasa

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:

1. Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
2. Muntah dengan sengaja
3. Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
4. Keluar darah haid atau nifas
5. Gila (hilang akal)
6. Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
7. Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
8. Murtad (keluar dari Islam)
9. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

Mereka yang diizinkan berbuka

Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:

1. Orang yang sakit .
2. Orang yang berkerja buruh.
3. Orang yang dalam musafir (perjalanan).
4. Orang tua yang sudah lemah.
5. Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Hikmah Puasa

Puasa mempunyai pelbagai hikmah antaranya:

1. Menandakan kesyukuran kepada Allah
2. Melatih diri dengan sifat-sifat mahmudah(terpuji seperti sabar, tabah, amanah dan sebagainya.
3. Melatih sikap tolong-menolong di antara satu sama lain
4. Meningkatkan kesihatan diri.
5. Mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka(hari raya) dan ketika berjumpa dengan tuhannya pada hari kiamat.
6. Menjauhkan dari sifat-sifat Mazmumah(keji) sepert tamak, sombong hasad dengki dan sebagainya.

Kelebihan Ramadhan

Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan antaranya;

1. Bulan diturunkan Al-Quran
Maksudnya: Bulan Ramadhan padanya diturunkan al-Quran yang mempunyai keterangan-keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia

2. Bulan penuh berkat
Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, ditengahnya pengampunanNya dan akhirnya merdeka daripada api neraka.
"Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan.

3. Bulan Penghapusan dosa
Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu. .

4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar
Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran ) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah(malam) sehingga terbit fajar.

SUMBER :
- JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

PENYANYI SEPANJANG ZAMAN



Dato' Sudirman bin Haji Arshad (25 Mei 1954 - 22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia. Beliau telah memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi apabila dinobatkan sebagai "Juara Bintang RTM 1976" pada 11 Ogos 1976. Selain itu, beliau juga adalah satu-satunya pemegang gelaran "Penghibur Nombor 1 Asia" (pada 19 Mac 1989) dari Pahang, Malaysia sebelum kehadiran Siti Nurhaliza. Di samping itu, terdapat juga gelaran yang lain untuk beliau seperti "Penghibur Milik Masyarakat", "Seniman Rakyat" dan "Elvis Malaysia". Beliau juga mempunyai pelbagai kebolehan sebagai seorang penyanyi, penghibur, penggubah lagu, peguam, penulis, pengarang (buku memoir dan kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan dan pelakon.
Beliau dilahirkan pada hari Rabu, 25 Mei 1954 di No. 48, Jalan Ibrahim, Temerloh, Pahang. Beliau merupakan anak kepada Hajah Romlah binti Dahalan dan Haji Arshad bin Haji Hassan. Bapanya mendapat ilham untuk menamakan beliau sebagai "Sudirman" dengan mengikut sempena nama seorang pahlawan dari Indonesia, Soedirman kerana mahukan anaknya menjadi seorang pahlawan yang hebat. Beliau juga mesra disapa sebagai "Diman" oleh ahli keluarganya. Ibu bapanya pernah menjual kain ela dan pakaian. Ibunya juga mengambil upah untuk membuat sulaman dan membuka kelas jahitan. Banyak peniaga di sekitar kawasan pekan sering mengambil upah dari ibunya.
Selain itu, ibunya juga seorang wanita yang aktif dalam arena politik sebagai Ketua Kaum Ibu UMNO (perhubungan Negeri Pahang) dan Wakil Rakyat Pertama (1955) mewakili kawasan Triang (bahagian Temerloh), telah meninggal dunia pada tahun 1959 pada usia muda iaitu 32 tahun (ketika Sudirman berumur 5 tahun) setelah mengidap penyakit kanser. Bapanya adalah pengurus Syarikat Bas Temerloh (Temerloh Bus Company), juga seorang ahli politik UMNO sebagai Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran di Temerloh, Pahang. Selepas kematian isterinya, bapanya pernah berkahwin dengan Mariam binti Mohamad yang berasal dari Kampung Dala, Lancang. Pasangan ini telah dikurniakan dua orang anak iaitu Baharom dan Maslina. Bapanya meninggal dunia pada tahun 1978 dan sempat untuk melihat kejayaan anaknya yang kian meningkat.
Sudirman adalah anak bongsu, adik beradik yang lain iaitu Zainuddin, Rodziah, Basir (Morni), Roslan dan Roaini. Sejak kecil, Sudirman sering menyanyi di mana sahaja. Di sekolah pula, beliau memasuki pertandingan bersyair, berpidato, berpantun, kuiz dan terlibat dalam persembahan teater dan koir sekolah. Dia suka bersukan, senang berpidato dan setiap waktu di perpustakaan.
Sudirman bersama rakan sekelasnya
Beliau memulakan persekolahannya di Sekolah Rendah Abu Bakar di Mentakab, Pahang (1963-1968), Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia di Temerloh, Pahang (1969-1971) sehingga beliau menamatkan Tingkatan 3 dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar di Kuantan, Pahang (1972-1975) sehingga beliau menamatkan Tingkatan 6.[1] Sebelum memasuki Tingkatan 6, beliau menjalani kursus persediaan di Universiti Teknologi Mara (dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi Mara), Petaling Jaya. Beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negeri tetapi dia menolak tawaran itu.
Sudirman semasa membuat persembahan di Bintang RTM 1976
Pada tahun 1976, beliau melanjutkan pelajaran dalam Fakulti Undang-Undang di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Di sebalik kepadatan jadual dalam bidang seni, beliau masih dapat membahagi masanya dengan baik di antara menyanyi dan kelas tutorial di Universiti Malaya. Pada tahun 1980 beliau telah menerima Ijazah undang-undang (LL.B) dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga. Tahun 1983, Sudirman menjalani latihan guaman dan diiktiraf sebagai peguam pada tahun 1984. Bagaimanapun, Sudirman meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya.
Beliau mula mencipta namanya sebagai penyanyi apabila dia berjaya merebut gelaran Johan Bintang RTM peringkat akhir yang diadakan di Dewan Pay Fong, Melaka pada 11 Ogos 1976. Beliau mendendangkan lagu "Seruling Bamboo" dan "Big Spender In The Cabaret". Pada peringkat awal saringan, beliau memberi jawapan spontan seperti "seluar pinjam..." apabila disoal oleh pengacara rancangan mengenai seluar yang menggeleber yang dipakainya. Para penonton menyukai caranya yang berterus terang. Beliau mendendangkan lagu "Jali Jali", sebuah lagu klasik dari Indonesia. Para penonoton telah melihat dengan jelas sekali bahawa suaranya memang unik.

[sunting]Perkahwinan

Gambar perkahwinan
Selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya, pada 14 Februari 1981, Sudirman menamatkan zaman bujangnya apabila berkahwin bersama kekasih pilihan hati yang telah dikenali sejak kecil Kamariah "Kay" Jamaluddin, seorang gadis yang bekerja di Petronas. Para peminat menyambut berita itu dengan gembira. Bagaimanapun, perkahwinan itu cuma bertahan selama tiga tahun sahaja. Ia berakhir dengan penceraian pada 25 Mei 1984 kerana tidak wujud lagi persefahaman di antara mereka. Pasangan ini tidak mempunyai anak.
Sahabat baik Sudirman, Noorkumalasari pernah berkata bahawa suasana malam di rumah Sudirman sangat sayu menjelang perpisahan antara mereka. "Apabila cerai dilafazkan mereka bertangisan. Air mata tidak dapat dibendung," kata Noor yang menyaksikan sendiri perceraian Sudirman dan Kay.
Dalam majalah Utusan Filem dan Fesyen (UFF) dalam kolum "Masih Kuingat Lagi", beliau menulis, dua perkara yang sangat memilukan hatinya. Pertama, kehilangan ibu pada usia yang sangat muda. Keduanya, perkahwinannya yang gagal.
Sudirman merakamkan kedukaannya melalui pahit getir penceraian menerusi lagunya "Terasing" dan "Merisik Khabar", malah beliau turut mencipta lagu "Setiamu Tiada Lagi" dendangan Ibnor Riza. Setelah bercerai, Sudirman menumpukan seluruh tenaga kepada kariernya termasuk menulis, melukis, dan menubuhkan syarikatnya sendiri.[2]

[sunting]Tema Lagu

Nama Sudirman sebagai penghibur rakyat yang berwawasan terus subur di hati para peminat. Lagu-lagu dendangannya berjaya menggambarkan kehidupan seharian rakyat serta memahami budaya dan cara hidup orang Malaysia.
Lagu-lagunya ada untuk pelajar sekolah, pekerja kilang, jururawat dan gadis desa seperti lagu "Pesan Abang", "Jamilah (Untuk Jururawat)", "Sepetang di Pinggir Bukit", "Orang Kampung" dan banyak lagi. Ada lagu sentimental berkisar kepada alam percintaan hingga kepada lagu-lagu berunsur nasihat, patriotik, keamanan sejagat dan mencintai tuhan.

[sunting]Anak Muda dan Anak Desa

Sudirman memberikan nilai baru kepada kampung halaman apabila menyanyikan lagu "Hidup Sederhana (Basikal Tua)" dan "Anak Gembala" dengan tempo yang rancak dan girang.
Lagu seperti "Apa Khabar Orang Kampung" mengajak peminatnya supaya jangan lupa pada asal usul kita. Lagu "Balik Kampung" merupakan suatu kemestian bagi para perantau yang berpusu-pusu pulang ke kampung pada setiap menjelangnya hari raya, namun ia bukanlah pencetus keceriaan tetapi lebih kepada sentuhan rohani.
Ketika bermula era "siswazah menganggur", beliau terlebih dulu menyingkapkan dalam lagu "Aku Penganggur". Sekalipun lagu ini berentak rancak tetapi isu yang dilontarkan tentang stigma penganggur sampai kepada sasaran.
Lagu "Aku dan Duniaku" menceritakan Sudirman dengan dunia pilihannya, manakala lagu seperti "Baru Dapat Kerja", "Orang Muda" dan "Pulang Dari Kilang" adalah paparan mengenai jiwa dan perasaan orang muda, terutama yang baru bekerja.

[sunting]Berunsur Nasihat

Lagunya mengajak masyarakat menghargai alam sekitar, menyedari kepentingan pendidikan, menghormati dan yakin pada diri sendiri, disiplin dan jangan mudah lupa asal usul atau jati diri.
Sudirman mengabadikan puisi nukilan Allahyarham J. M. Aziz iaitu "Penyu Menangis" yang sebenarnya mengenai rayuan seekor penyu agar manusia menghentikan pencemaran alam sekitar.
Lagu "Pesta Dunia" mencela manusia-manusia di negara kaya yang membazirkan makanan dan memperpanjangkan kebuluran di negara-negara miskin. Pada tahun itu, lagu ini telah memenangi kategori lagu terbaik dan penyanyi terbaik di South East Asia Song Festival.
Manakala lagu-lagu seperti "8 Ke 4 ¼ (Punch Card)" dan "Chow Kit Road! Chow Kit Road!" bukan saja menghiburkan dan sedap didengar tetapi juga mempunyai mesej.

[sunting]Semangat Patriotik

Sudirman sememangnya berjiwa patriotik
Sudirman pernah mencoretkan catatan pada kulit album dalam bentuk piring hitam yang bertajuk Abadi bahawa EMI dan penerbitnya ketika itu, S. Atan tidak yakin untuk menerbitkan album patriotik kerana bimbang masyarakat tidak dapat menerimanya. Tetapi demi kecintaannya kepada Malaysia, beliau berkata sekurang-kurangnya biarlah ada satu album patriotik untuk seumur hidupnya. Dalam album Abadi, terkandung lagu "Warisan", "8 Ke 4 ¼ (Punch Card)", "Kehadiranku", "31 Ogos" dan "Tegakkan Bendera Kita". Album itu tidak mendapat sambutan sebagaimana album komersilnya yang lain. Namun, tidak siapa menyangka, album patriotik Sudirman itu mendapat perhatian sampai kini. Lagunya sering berkumandang setiap tahun ketika negara menyambut hari kemerdekaan.
Suara bangga dan kagum pada negara, agama dan bangsa serta tokoh pemimpin diluahkan oleh Sudirman menerusi lagu "Radio Malaysia", "Bapak" (ditujukan kepada Bapa Kemerdekaan, Y. T. M. Tunku Abdul Rahman), "Kul it!" (mengenai perpaduan kaum) serta "One Thousand Million Smiles".
Beliau turut menyanyikan lagu yang ditujukan khusus kepada Allahyarham Puan Sri Salomaberjudul "Mama". “Mama (panggilannya kepada Saloma) tidak percaya bila saya membuka mulut meminta kebenaran untuk saya cipta lagu untuknya. Kata Mama, P. Ramlee enggan cipta lagu untuknya kerana Saloma adalah miliknya, dan tidak perlu cipta lagu lagi,” kata Sudirman pada April 1983.
Beliau meninggalkan lagu "Salam Terakhir" dan "Dari Jauh Ku Pohon Maaf" yang memberi makna besar kepada peminatnya.
Walau apapun terjadi, bagi Sudir, perjuangan Sudir dalam bidang seni tiada noktahnya. Selagi nadi ini masih berdenyut, selagi peminat masih meminati Sudir, selama itulah Sudir berjuang dalam dunia hiburan.
Dalam kerjaya saya sebagai penghibur, saya mahu lakukan bersungguh-sungguh supaya masyarakat terus mengingati buat selama-lamanya.

[sunting]Kerjaya Sebagai Seorang Artis

[sunting]Menyertai World ABU Song Contest Singapore 1985

Sudirman semasa menyanyikan lagu Pesta Dunia
Beliau pernah menyertai World ABU Song Contest yang diadakan di Singapura pada tahun 1985. Beliau mewakili Malaysia dan hanya berjaya mendapat tempat ke-5 daripada 14 peserta yang bertanding. Para peserta terdiri daripada 14 buah negara di seluruh dunia termasuk Amerika SyarikatIndonesiaKoreaAustraliaSwedenFiji dan beberapa negara yang lain. Beliau juga diiringi oleh komposer, Manan Ngah. Beliau membawakan lagu ‘‘Pesta Dunia’’, sebuah lagu ciptaan Manan Ngah manakala liriknya pula ditulis oleh Habsah Hassan. Perkara ini juga membawa kepada tercetusnya idea Habsah Hassan untuk menghasilkan lirik lagu ‘‘Salam Terakhir’’ apabila Sudirman meluahkan rasa hatinya dengan menyatakan bahawa dia tidak mungkin hidup lama.[3]

[sunting]Bergelar Duta Nyanyian

Pada tahun 1986, Pelancongan Malaysia telah melantiknya sebagai "Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia". Semasa Persidangan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) yang ke-35 di Kuala Lumpur, beliau mempopularkan lagu "Cintai Malaysia, Kenali Malaysia" (To Know Malaysia Is To Love Malaysia) ciptaan Carol Connors dari Amerika Syarikat. Lagu ini juga menjadi lagu tema semasa kempen Tahun Melawat Malaysia.
Beliau juga dilantik sebagai duta bagi pelbagai syarikat terkenal seperti ProtonMalaysia Airlines, Honda Cup dan "honored pioneer card member" dengan Hong Leong Bank.

[sunting]Konsert di Jalan Chow Kit

Chow Kit dipenuhi kira-kira 100 ribu orang yang mahu menyaksikan persembahan Sudirman pada tahun 1986
Pada 15 April 1986,[4] Sudirman menempa nama di dalam Malaysian Book of Recordssetelah mengadakan konsert gergasi percumanya di Jalan Chow KitKuala Lumpur. Beliau telah berjaya memikat serta memukau hampir 100 ribu warga kota untuk berpusu-pusu membanjiri jalan itu. Lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah ‘‘Chow Kit Road! Chow Kit Road!’’ dan diakhiri dengan lagu patriotik sambil memakai bendera Malaysia.
Jalan Chow Kit pada era Sudirman adalah tempat untuk golongan marhaen. Jalan Chow Kit menjadi simbol untuk orang-orang kebanyakan yang juga peminat beliau. Maka, konsert jalanan secara percuma adalah sebagai tanda terima kasih kepada para peminatnya yang tidak mampu menyaksikan persembahan di hotel atau dewan untuk suatu konsert. Perkara ini juga telah memberitahu kita bahawa beliau bukan seorang yang materialistik.

[sunting]Penghibur Nombor 1 Asia

Sidang media oleh Sudirman
Pada 19 Mac 1989, Sudirman telah dinobatkan sebagai "Penghibur Nombor 1 Asia" pada "Asian Popular Music Awards". Acara anugerah ini diadakan bersama-sama dengan Saleem Music Awards Festival yang berlangsung di Dewan Royal AlbertLondon. Beliau merupakan penyanyi yang pertama dari Malaysia yang pernah memenangi anugerah tersebut. Sudirman telah mengalahkan 8 orang peserta dari negara-negara Asia termasuk Hong Kong (Leslie Cheung), Filipina (Kuh Ledesma), Singapura (Anita Sarawak), ChinaTaiwanJepunKorea Selatan dan Thailand. Dalam pertandingan tersebut, beliau telah menyanyikan dua buah lagu Inggeris "One Thousand Million Smiles" dan "Send In The Clown" dengan menggayakan aksi lucu ala-ala Charlie Chaplin yang cukup mempesonakan serta membolehkan beliau mengalahkan wakil-wakil dari negara lain yang lebih hebat popularitinya.
Lagu "One Thousand Million Smiles" dirakamkan dalam bentuk single dan dipasarkan diEropah. Proses rakaman lagu itu dibuat di Studio Abbey Road, tempat rakaman album bagi penyanyi berpengaruh seperti The Beatles. Lagu ini dipilih sebagai lagu tema Malaysia semasa Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

[sunting]Persembahan

Sudirman merupakan seorang artis yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Beliau lincah dengan showmanship di pentas, sesuatu yang kurang kelihatan pada zamannya, dan memiliki pelbagai koleksi pakaian beraneka fesyen yang digunakan sewaktu persembahan. Sudirman pernah muncul dalam acara penutup Sukan SEA 1989 yang dianjurkan oleh Kuala Lumpur dengan penampilannya berbeza, beliau mengenakan baju bendera sambil mengibarkan Jalur Gemilang (ketika itu Bendera Malaysia) yang besar.
Semasa Pertandingan Juara Lagu TV3 1987, Sudirman memenangi Anugerah Persembahan Terbaik kerana persembahannya begitu menyayat hati sewaktu mendendangkan lagu "Merisik Khabar" dengan petikan pemetik api simbolik beliau.
Malah beliau merupakan satu-satunya seniman yang boleh menyanyi dengan fasih pelbagai bahasa (bahasa Inggeris, Tamil, Cina dan Hindi) serta mengubah lagu sehingga berjaya mencuri hati setiap golongan masyarakat.
Sudirman & The Girls
Sepanjang persembahannya, Sudirman diiringi band pengiringnya (The Glue), kumpulan penari (The Girls) dan penyanyi latar (The Giggles). Biarpun sibuk dan sudah dikenali, beliau masih meluangkan masa untuk belajar vokal dari penyanyi klasik terkenal bernama Florence Fong.
Sudirman juga seorang yang bijak bekerja. Dia bekerjasama dengan produser, suka berkongsi idea dengan penerbit untuk menghasilkan yang terbaik. Beliau memiliki kreativiti yang amat besar. Dengar saja penghayatan lagu yang dinyanyikannya. Beliau juga amat unik dengan penjiwaan di atas pentas. Bukan saja kerana nyanyian beliau, tapi tingkah lakunya yang sungguh terbuka, bekerja keras, menghormati seni dan rakan-rakannya dikagumi menjadikannya seorang insan istimewa.
Kejayaan Sudirman sebagai penghibur itu juga tidak dapat lari dengan lagu-lagu popular gubahan komposer terkenal seperti DatukAhmad NawabOoi Eow JinS. Atan, Manan Ngah, Osman Ghani, Kassim Masdor dan M. Nasir, selain lirik puitis oleh Habsah Hassan menerusi luahan rasa sebenar penyanyinya. Habsah Hasan turut menulis skrip untuk Sudirman semasa membuat persembahan rancangan RTM dan majlis makan malam.
Beliau juga aktif di dalam Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) dan dilantik menjadi Timbalan Presiden PAPITA untuk satu penggal. Semasa hayatnya, Sudirman sangat mengutamakan pemilikan hak cipta. Dia mempertahankan nama dan haknya bagi memastikan tidak ada pihak ketiga mengambil kesempatan.
Beliau mempunyai ramai kenalan rapat, diantaranya dari kalangan wartawan (Bahyah Mahmood, Intan Zabidin, Saodah Ismail, Ku Seman Ku Hussain, Fauziah Samad, Adam Salleh, Tajaiyah Ihsan, Fatimah Hassan, Mokhtar Alias, Mama Juwie, Huzz, Muzlina, Zubairi Zabidin) dan kalangan artis (Noor KumalasariSharifah AiniAnita SarawakYusni JaafarSarimahZaiton SameonRamli MS).

[sunting]Kematian

Pada 17hb. Julai 1991, Sudirman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Tawakkal, Kuala Lumpur selama 4 hari. Beliau telah dilaporkan pengsan setelah terjatuh. Selama 7 bulan beliau terlantar sakit, keluarga rapatnya merahsiakan punca penyakit dan lokasi beliau dirawat. Dalam tempoh itu, dia tidak ke mana-mana kecuali ke rumah kakaknya di Butterworth selama seminggu.
"Dia mahu peminat-peminatnya melihat dia sihat, ceria, penghibur yang hebat, sebagai hero di pentas. Sememangnya dia tidak mahu meninggalkan kenangan yang teramat sedih di hati peminat setelah melihat dia terlantar sakit dan meninggal dunia," begitu penjelasan kakak Sudirman, Rodziah apabila ditanya apakah Sudirman sendiri yang tidak mahu orang lain melihat dia sakit selain adik-beradiknya.
Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya, Datin Rudiah binti Haji Arshad yang beralamat di No. 16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia). Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45 petang - berdekatan dengan pusara orang tuanya (selang beberapa baris). Ribuan peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad (sekarang bergelar "Tun") telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai suatu kehilangan yang besar bagi dunia hiburan tanah air.

[sunting]Pencapaian Sudirman

Sepanjang hayatnya dan selepas pemergiannya, beliau telah menerima beberapa anugerah dalam bidang seni serta pingat kebesaran.
TahunAnugerahKategoriNotaHasil
1976Juara Bintang RTM1976SoloMenang
1977Penghibur Terbaik RTM 1977TiadaBeliau memenangi kategori ini menerusi rancangan Lukisan Irama iaitu terbitan oleh Doreen ChiaMenang
1978Anugerah Seri AngkasaPenghibur TV TerbaikMenang
1982Festival Filem Malaysia Ke-3Pelakon Lelaki TerbaikDicalonkan
1985Anugerah Seri AngkasaPenghibur TV TerbaikMenang
Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia 1985TiadaMenang
1987Anugerah Juara Lagu 1987Persembahan TerbaikBeliau memenangi kategori ini melalui lagu ‘‘Merisik Khabar’’Menang
Anugerah Bintang Cemerlang 1987Penyanyi Lelaki Cemerlang TerbaikMenang
1989Anugerah Bintang Popular 1989Penyanyi Lelaki PopularMenang
Asia's Number One Performer 1989TiadaMenang
The Guinness Stout Effort AwardTiadaMenang
1988Pingat Ahli Mangku Negara
1992Pingat Ahli Mahkota PahangBeliau dianugerahkan pingat ini oleh Sultan Pahang
Darjah Johan Mangku NegaraAnugerah ini disampaikan kepada beliau bersempena ulangtahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah pada 6 Jun 1992
1993Penghibur No. 1 MalaysiaTiadaAnugerah ini diberikan oleh akhbar New Straits TimesMenang
Anugerah Industri MuzikAnugerah KhasMenang
2009Darjah Indera Mahkota PahangBeliau mendapat gelaran Dato' oleh Sultan Pahang selepas kematiannya pada tahun 1992. Kakaknya, Datin Rodziah Arshad mewakili beliau untuk menerima pingat ini.
Bukan gelaran jadi ukuran... Tetapi bakti yang disumbangkan.

[sunting]Penulis dan Pelukis Kartun

Sewaktu hayatnya, selama 10 tahun, Sudirman menjadi kolumnis ruangan ‘Teringat-ingat’ dalam majalah hiburan URTV, terbitan Utusan Melayu. Beliau juga menjadi residen writer di Kumpulan Karangkraf. Tugasnya setiap hari ialah menulis dan melukis untuk majalah-majalah terbitan Karangkraf waktu itu seperti Bacaria, Nona, Media Hiburan, Mingguan Kanak-kanak dan Remaja. Idea itu adalah ideanya sendiri, lukisannya sendiri. Malah beliau turut menulis di Mingguan Malaysia dan menjadi kolumnis di beberapa buah akhbar mingguan tempatan, antaranya dia pernah menemuramah dan menulis riwayat hidup pahit getir perjuangan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Ghafar bin Baba di dalam sebuah akhbar tabloid.
Sejarah Awal Sudirman

[sunting]Sejarah Awal Sudirman

Sudirman telah menceritakan kisah-kisah awal hidupnya melalui buku kartun Sejarah Awal Sudirman yang diterbitkan oleh Kumpulan Karangkraf pada tahun 1991. "Berbagai-bagai keterangan mengenai saya telah disiarkan di lipatan majalah dan muka akhbar. Ada yang benar, dan ada yang tidak. Adatlah, apabila orang kedua bercerita, kadang-kadang ada yang terkurang dan ada juga yang terlebih kata. Tetapi buku ini cerita saya dan dari mata pena saya sendiri. Ceritanya tentu akan merantaikan diri saya. Tetapi tidak apa, kerana cerita ini cerita benar tentang diri saya. Buku ini merangkumi hidup saya dari saat kelahiran saya hingga Mei 1972..." LAT, pelukis kartun tanahair yang ulung, merupakan sumber inspirasi beliau.
Dari Dalam... Sudirman

[sunting]Dari Dalam... Sudirman

Cerita-cerita ini pertama kali disiarkan melalui ruangan Cetusan Rasa kelolaan Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang terbit seminggu sekali melalui akhbar BACARIA terbitan Karangkraf dari 5 Mei 1983 hingga 7 Ogos 1984. Edisi khas ini dibuat pada bulan Disember 1986 kerana Allahyarham ingin berkongsi luahan dan cerita untuk renungan bersama peminat yang menyayangi beliau.

[sunting]Taming Si Budak Pintar

Sudirman memenangi Hadiah Pertama dalam Mobil-Malaysian Association of Book Publishers Awards, anugerah bagi novel sastera kanak-kanaknya iaitu Taming Si Budak Pintar pada tahun 1995, yang memuatkan pelbagai cerita kanak-kanak bagi melahirkan kanak-kanak pintar. Anak saudaranya, Johana Era Zainuddin menerima anugerah tersebut bagi pihak beliau dari Datuk Peter Tinggom.

[sunting]Usahawan

Sudirman bersama minuman tin SUDI
Tiga perisa minuman tin SUDI iaitu Kola, Oren & Lemonade
Sudirman pernah menubuhkan Sudirman Usaha Dagang Industri (SUDI) Sdn Bhd dengan modal kira-kira RM3 juta, yang mengeluarkan minuman tin berkarbonat jenama ‘‘Sudi’’. Kejayaannya dalam memasarkan ‘‘Sudi’’ telah mengangkat Sudirman sebagai pemenang Anugerah Pengusaha Muda. Minuman ‘‘Sudi’’ yang terkenal telah mengambil 5 peratus pasaran minuman karbonat dalam masa 6 bulan beroperasi (dengan bantuan majalah bisnes dan program TV dari Australia ke Hong Kong mengiklankan minuman Sudi). [5]
Pada 9 Mac 1991, Sudirman telah mengadakan konsert di tapak Expo Air Keroh, Melaka. Konsert percuma anjuran SUDI Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Melaka itu, bagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai atas sambutan mereka terhadap minuman jenama ‘‘Sudi’’.
Atas inisiatifnya juga, beliau telah membuka ‘‘Sudi Shoppe’’ di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur dengan menjual beraneka barangan yang berkaitan dengan penampilan bintang popular dan ‘merchadising’ keluaran dirinya, termasuk cermin mata hitam yang fleksibel.
Syarikatnya merancang untuk mengeluarkan ‘‘Sudi Rasa’’ - iaitu makanan dalam tin seperti sardin, santan kelapa, buah-buahan, koktel dan mee segera. Dilaporkan ada juga rancangan untuk minyak masak, sos tomato dan sos cili istimewa. Beliau dikatakan memiliki restoran yang dinamakan Restoran Selera Sudi terletak berhampiran pejabat urusannya, Sudirman Productions di Taman Sri Hartamas.
Tahun 1983, Sudirman menubuhkan syarikatnya ‘‘Sudirman Productions’’ dengan hanya seorang pekerja. Tahun 1987, Sudirman menghasilkan sebuah album berjudul Sahabatuntuk anak saudara kesayangannya Atai (Razman Azrai Zainudin) di bawah Sudirman Productions. Beliau bersama pengurusnya, Mike Bernie Chin bercita-cita menerbitkan video yang merakam aksinya ketika konsert. Walaubagaimana pun pada Mac 1987, Mike Bernie mengundurkan diri daripada menjadi pengurus Sudirman setelah ia merasa Sudirman tidak dapat 'diurus' lagi. Kemudian Sudirman melantik Dharanee Dharan Kannan sebagai pengurusnya sehingga Jun 1991 apabila Dharanee meletakkan jawatan. Sejak itu Sudirman mahu mengurus sendiri semua kegiatan hiburannya.
Malangnya setelah Sudirman jatuh sakit, perniagaannya - Sudirman Productions dan SUDI Sdn. Bhd. telah ditutup pada September 1991.

Rujukan