Sunday 31 March 2013

BAGINDA NABI MUHAMMAD (SAW) LOVE U FOREVER

Lafaz Selawat yang sahih

Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:

Dari hadis: [An-Nasae’i: 1292, sahih] (*Lihat web asal)

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Kemudian terdapat riwayat-riwayat yang sahih dalam lapan riwayat, iaitu:

1.   Dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim]

2. Dari Abu Humaid As Saa’diy RA:
“Ya Allah,berilah selawat kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan isteri-isteri beliau dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim].

3.   Dari Abi Mas’ud Al-Ansori RA:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim atas sekalian alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Muslim]

4. Dari Abi Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amr Al-Ansori RA (jalan kedua):
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad nabi yang ummi dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad, nabi yang ummi sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Abu Daud no. 981, sahih]

5. Dari Abi Sa’id Al-Khudri RA:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim.” [HR Bukhari]

6. Dari seorang lelaki, sahabat Nabi SAW:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada ahli baitnya (keluarganya) dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan kepada ahli baitnya dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Ahmad, sahih].

7. Dari Abu Hurairah RA:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat dan memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR At-Tohawi dalam "Musykil al-Athar" 3/75, An Nasa-i dalam "Amalul Yaum wal Lailah" no 47. Sahih]

8. Dari Tolhah bin ‘Ubaidullah RA:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Imam Ahmad, sahih].

Waktu Afdhal Berselawat

•Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
•Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
•Selesai berwuduk, sebelum membaca doa.
•Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
•Di akhir qunut dalam solat.
•Di dalam solat jenazah.
•Ketika masuk dan keluar dari masjid.
•Setiap waktu pagi dan petang.
•Hari Khamis malam Jumaat.
•Sepanjang hari Jumaat.
•Ketika berada di mana-mana tempat perhimpunan orang ramai.

Demikianlah perbincangan ringkas tentang lafaz selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang dapat dikumpulkan, berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih. Sebagai panduan untuk beramal dengan Sunnah dan selawat yang mempunyai kekuatan sanad yang benar dan sahih daripada Nabi SAW.

http://www.abuanasmadani.com

aku hambamu mengharap keampunan mu.


6 Dosa Yang Tidak Diampun Allah SWT Walaupun Dengan Taubat

1- Makan harta anak yatim secara haram.

( untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus).

2- Menuduh wanita solehah berzina.
( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).

3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.

( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).

4- Melakukan sihir.

( Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).

5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.

( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).

6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.

( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).

Kitab Tanbihul Ghafilin , Jilid 1 & 2. M/S : 532. 


P.RAMLEE SENIMAN SUPER

Datuk Amar Dr. P. Ramlee (dilahirkan sebagai Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh; 22 Mac 1929 - 29 Mei 1973) merupakan seorang penyanyipelakonpengarah,pemuzik dan penulis lagu yang berasal dari Pulau PinangMalaysia. Beliau juga digelar sebagai "Seniman Agung Negara" kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara. Beliau pernah mendapat pengiktirafan yang meluas dari dalam dan luar negara di sepanjang hidupnya hinggalah selepas kematiannya.

Latar belakang

Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri, pada tarikh 22 Mac 1929 kepada pasangan Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967). Bapanya yang berasal dari LhokseumaweAcheh telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang BuayaButterworth. P. Ramlee juga mempunyai seorang adik-beradik tiri iaitu Syeikh Ali melalui ibu yang sama.
Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan Sekolah Kebangsaan Francis Light. Seterusnya, beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Ketika pendudukan tentera Jepun diTanah Melayu, beliau belajar di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum kembali ke Penang Free School apabila perang tamat.

Permulaan kerjaya seni

Beliau mula bermain peralatan muzik yang bernama ukulele dan akhirnya beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin yang merupakan seorang pemimpin brass band di Penang Free School. Beliau juga pernah menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara bagi pertandingan nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan nama "P. Ramlee" itu kekal hingga ke akhir hayatnya.
Filem pertama lakonan P. Ramlee ialah Chinta, sebuah filem yang dikeluarkan pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru beliau dalam dunia perfileman Melayu ialah Tan Sri L. Krishnan yang merupakan pengarah bagi filem Melayu sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an. Gaya lakonan beliau yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi daripada dua pelakon yang terkenal dari India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah Laxmana Do Re Mi pada tahun 1972 manakala lagu dan lirik terakhirnya ialah Air Mata di Kuala Lumpur pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Anak-anak

P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya dua orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah. Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami daripada filem Tiga Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contohnya Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak). Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau:
  1. Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (1953-2008)
  2. Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (1954-1998)
  3. Sazali : Anak angkat (lahir 1958)
  4. Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)
  5. Norma : Anak tiri (anak Noorizan)
  6. Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
  7. Betty : Anak angkat
  8. Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)
  9. Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (1966-2007)
  10. Salfarina @ Dian : Anak angkat (keturunan Cina)

    Penghargaan selepas pemergian

    P. Ramlee menerima Pingat Kebesaran Ahli Mangku Negara(A.M.N.) daripadaTuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail (Yang di-Pertuan Agong Ke-3)
    P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa yang bertarikh 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur. Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, beliau telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Selain itu rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai Pustaka Peringatan P Ramlee pada tahun 1986. Manakala di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P. Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982. Di Kuching juga ada sebatang jalan yg dinamakan Jalan P. Ramlee. Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran "doktor". Beliau juga diberi penghormatan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dengan penganugerahan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak atau Datuk Amar Bintang Kenyalang (Posthumous) (DA (P)) pada 2009. Anugerah tersebut telah disampaikan kepada anak angkat beliau iaitu Dian P. Ramlee.
    Kemudian, sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia iaitu pada tahun 2007, beliau telah terpilih sebagai 10 calon terakhir bagi program Anak Gemilang Malaysia yang mengiktiraf rakyat Malaysia yang banyak memberi sumbangan kepada negara dan kejayaan dalam menaikkan nama negara di mata dunia.
    Pada tahun yang sama, kisah hidup beliau juga telah dipentaskan dalam satu pementasan teater muzikal dengan tajuk P. Ramlee the Musical... Hidup, Cinta dan Inspirasi.

    [sunting]Anugerah

    Berikut merupakan senarai anugerah yang terlibat dengan beliau dan karya beliau sepanjang hidup beliau.
    1945
    • Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya
    "Tempat ke-3" - P. Ramlee
    1946
    • Pertandingan Nyanyian Keroncong Pulau Pinang
    "Tempat Pertama" - P.Ramlee dan Pancaragam Keroncong Pemuda Indonesia
    • Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya
    "Tempat ke-2" - P.Ramlee
    1947
    • Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya
    "Tempat pertama" - P.Ramlee
    1951
    • Majalah Filem Raya Malaya
    "Bintang Pujaan Malaya and Indonesia" - P.Ramlee
    1952
    • Majalah Filem Raya Malaya
    "Pelakon Terbaik" - P.Ramlee
    "Filem Terbaik" - Antara Senyum Dan Tangis
    "Filem Kegemaran" - Juwita
    1953
    • Majalah Filem Raya Malaya
    "Filem Terbaik" - Hujan Panas
    "Pelakon Terbaik" - P.Ramlee
    "Filem Kegemaran Malaya" - Antara Senyum Dan Tangis
    "Filem Kegemaran Malaya dan Indonesia" - Antara Senyum Dan Tangis
    "Pelakon Kegemaran Malaya dan Indonesia" - P.Ramlee
    • Majalah Filem dan Sukan Utusan Malaya
    "Artis Tahunan 1953" - P.Ramlee
    "Filem Terbaik" - Hujan Panas
    • Radio Malaya
    "Penyanyi Lelaki Terbaik" - P.Ramlee
    1956
    • Festival Filem Asia ke-3 Hong Kong
    "Skor Muzik Terbaik" - P.Ramlee
    "Pelakon Pembantu Wanita Terbaik" - Zaiton bagi Hang Tuah
    • Majalah Bintang Singapura
    "Seniman Terbaik" - P.Ramlee
    "Pengarah Terbaik" - P.Ramlee
    "Penggubah Terbaik" - P.Ramlee
    "Penyanyi Terbaik" - P.Ramlee
    "Filem Terbaik" - Semerah Padi
    "Filem Kedua Terbaik" - Anakku Sazali
    "Pengarah Kedua Terbaik" - Phani Majumdar bagi Anakku Sazali
    "Pelakon Wanita Terbaik" - Saadiah Baharom bagi Semerah Padi
    • Majalah Filem dan Sukan Utusan Malaya
    "Filem Melayu Terbaik" - Penarik Beca
    "Pengarah Terbaik" - P.Ramlee
    "Seniman Terbaik" - P.Ramlee
    "Lagu Terbaik" - Inang Baru dari Penarik Beca
    1957
    • Festival Filem Antarabangsa Berlin
    Terpilih untuk Tayangan - Hang Tuah
    • Festival Filem Asia ke-4 Tokyo
    "Pelakon Lelaki Terbaik" - P.Ramlee
    "Pelakon Kanak-kanak Terbaik" - Tony Castillo bagi Anakku Sazali
    1958
    • Festival Filem Asia ke-5 Manila
    "Fotografi Hitam Putih Terbaik" - Abu Bakar Ali bagi Sumpah Orang Minyak
    • Majalah Kisah Bintang Dan Filem Malaya
    "Seniman Terbaik" - P.Ramlee
    "Filem Terbaik" - Sumpah Orang Minyak
    "Lagu Kedua Terbaik" - Tudung Periuk dari Sumpah Orang Minyak
    1959
    • Festival Filem Asia ke-6 Kuala Lumpur
    "Filem Komedi Terbaik" - Pendekar Bujang Lapok
    1960
    • Majalah Gelanggang Singapura
    "Filem Paling Popular" - Pendekar Bujang Lapok
    "Fotografi Hitam dan Putih Terbaik" - Nujum Pak Belalang
    • Majalah Bintang Singapura
    "Filem Kegemaran" - Pendekar Bujang Lapok
    "Pengarah Kegemaran" - P.Ramlee
    "Fotografi Hitam dan Putih Terbaik" - Abu Bakar Ali bagi Nujum Pak Belalang
    "Seniman Teratas" - P.Ramlee
    "Lagu Kegemaran" - Jangan Adik Angan-Angan dari Musang Berjanggut
    • Festival Filem Asia ke-7 Tokyo
    "Filem Komedi Terbaik" - Nujum Pak Belalang
    1962
    • Festival Filem Asia ke-9 Tokyo
    Pencalonan bagi "Filem Komedi Terbaik" - Seniman Bujang Lapok
    "Ahli Mangku Negara" - P. Ramlee A.M.N.
    1963
    • Festival Filem Asia ke-10 Tokyo
    "Fotografi Hitam dan Putih Terbaik" - Abu Bakar Ali bagi Ibu Mertuaku
    "Bakat Paling Pelbagai" - P.Ramlee
    1964
    • Festival Filem Asia ke-11 Taipei
    "Filem Komedi Terbaik" - Madu Tiga
    1965
    • Festival Filem Dunia Paris
    "Anugerah Khas" - Ibu Mertuaku

    [sunting]

    [sunting]Rujukan

    • Pogadaev V. A. Malaysian Cinema and P. Ramlee. Aziya i Afrika segodnya (Asia and Africa Today). N 10, 2001, p. 65.
    • Pogadaev V. A., Pogadaeva P. V. P. Ramlee dan Leonid Utesov: Parallels of Creativity. P. Ramlee di Cakera Nusantara. Editor Awang Azman Awang Pawi, Khor Chooi Lian. Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan, 2005, p.239-249
    • Pogadaev V. A., Pogadaeva P. V. P. Ramlee & Leonid Utesov: Kesejajaran Kreativiti Dua Seniman Dunia. In: “Pentas”, Jil. 3, Bil. 1, 26-29, 70.
    • Pogadaev V. A., Pogadaeva P. V. The Great Actor of Malaysia. Aziya i Afrika segodnya (Asia and Africa Today). 2009, N 4, p. 71-74.